Sunday, December 14, 2003

Jamuan Hariraya XUKMS

Seramai kira-kira 100 orang bekas siswa dan kakitangan XUKMS telah hadir dalam gathering yang dianjurkan oleh Pn Sarah Ibrahim, seorang bekas kakitangan UKM Sabah dan beberapa orang sahabat yang berdedikasi untuk mengumpul kenalan-kenalan lama UKMS. Pertemuan telah diadakan di Hotel Puri Pujangga,UKM Bangi pada 13.12.2003 . Majlis dimulakan dengan celoteh Dr Kaswandi dan diikuti jamuan ala kadar dan seterusnya sesi sembang-sembang kenalan yang dah lama tak jumpa. Tayangan slide peristiwa-peristiwa lama di UKMS juga telah diadakan dan beberapa sahabat saya lihat telah berkarike lagu-lagu lama. Dalam pertemuan ini bukan sahaja XUKMS di bukit padang sahaja yang dijemput tetapi juga XUKM Limauan, iaitu sebuah kampus UKM sebelum berpindah ke Bukit Padang. Majlis yang bermula jam 2.30 petang itu berakhir dengan sesi bergambar di hadapan Hotel serta bersurai kira-kira jam 6 petang.

Wednesday, October 29, 2003

Jamuan Hariraya XUKMS

Berikut adalah maklumat yang diperolehi dari e-mail Kak Sarah (UKM) berkaitan dengan Perjumpaan Hari Raya 2003.

Tarikh : 13.12.2003
Tempat : Dewan Gemilang UKM Bangi
Masa : 3.00 ptg

Jamuan Hi-tea RM 5.00 seorang, dan pot luck kepada yg nak menyumbang.

Kepada kawan-kawan yang berkesempatan sila datang.

Wednesday, October 15, 2003

Jejak Bertapak



Gambar Koleksi berusia dua puluh tahun. Kelihatan di sana - Maarop, Khairul, Johntih, Yazid, Wan Dol, Man Burn, Isnin, Kok Tar Chet, Marzuki, Bala dan Ajon Winnie.

Sesiapa yang ada maklumat X UKMS di atas yang tak dapat di jejaki seperti Yazid, Bala, Jontih dan Ajon, harap dapat hubungi saya.

Tuesday, October 07, 2003

LAMAN WEB YAHOOGROUPS

Tahniah kepada Tuan Hj Suandi atas usaha beliau menyediakan
LAMAN WEB YAHOOGROUPS yang boleh di akses di alamat berikut
http://groups.yahoo.com/group/ALUMNI_UKM_SABAH

Kepada sahabat yang belom join, sila masuk ke lamat tersebut untuk mendaftar.

Tuesday, July 08, 2003

E-Businesss

Berminat untuk menceburi bidang e-business. Cuba dapatkan keterangan lanjut dengan mengkelik banner di bawah:



Monday, June 23, 2003

Man Burn...

Baru-baru ni dalam perjalanan kereta ke Kuala Lumpur berkesempatan bertemu dengan Norazman Bakar atau lebih dikenali dengan "Man Burn". Batch 1981-1985 Bidang Sains Bumi. Beliau ketika ini bertugas sebagai Nazir di Jemaah Nazir Malaysia di Kuantan.



Tuesday, April 15, 2003