Wednesday, October 30, 2002

Gambar Lama Kembali daa...

Atas sebab-sebab teknikal, gambar-gambar untuk catatan yang lepas hanya sebahagian sahaja yang dapat disiarkan semula.
Kepada sesiapa yang ingin turut menyumbang, sila hubungi saya atau tinggalkan pesan samada kat Chatter Box, Guestbook ataupun Forum.
Begitu juga sekira ada diantara anda semua yang mempunyai website atau weblog sendiri, harap dapat berikan URLnya untuk saya link kan dari weblog alumniukms ini.

Jangan malu dan jangan segan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak. Semoga kita semua dapat menjalani ibadat puasa kali ini dengan lebih baik lagi, pertingkatkan amalan kita semua, pertingkatkan bukan sahaja dari segi kuantitinya malah kualiti juga perlu di pertingkatkan.

Sunday, October 27, 2002

Maklumat Terkini
Berdasarkan catatan Chatter box, berikut adalah beberapa maklumat terkini yang dapat di ekstrak;

Norman Shah -->New House Phone No. = 03 80731550/1552
Marzuki -->New H/P No. = 013-6364896
Samsiah --> 03-55446026
Hj.Suandi -->0173564591 dan Hjh.Rosminah Yusof -->0173203005
Hj.Jelani -->019-2189891 dan Hjh.Mazlina -->019-2182267

----------------

Ukhuwwah fillah, rahsia suci Allah, dan sifat yang mengiringi keimanan terhadap-Nya. sudah tentu mempunyai nilai yang tinggi, "fadhilah" keutamaan, "ajr" pahala yang tidak sedikit bagi yang mengamalkannya. Ini Allah sediakan untuk mendorong kita "umat Islam", agar menghargai, mempraktikan dan memeliharanya.

Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah saw. bersabda:
"Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan di hari kiamat. Hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya:
1.Pemimpin yang adil
2.Pemuda yang masa hidupnya digunakan untuk mengabdi kepada Allah
3.Orang yang hatinya sentiasa terpaut di masjid
4.Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana-Nya
5.Laki-laki yang diajak berbuat ma'siat oleh wanita bangsawan lagi cantik, api ia menolak dengan berkata : "Saya takut kepada Allah"
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi sehingga tangan dirinya tidak tahu apa yang disedekahkan tangan kanannya
7.Orang yang selalu berdzikir di waktu sendirian hingga mengalir air mata".


"Seseorang menziarahi temannya di tempat lain, lalu Allah mengutus seorang Malaikat yang menunggu di tengah perjalanannya. Ketika ia sampai, Malaikat bertanya: "Nak jumpa siapa? Jawabnya: "Ingin jumpa dengan teman saya di tempat ini. Malaikat bertanya lagi: "Adakah kamu akan mendapatkan sesuatu darinya? Jawabnya: "tidak, tetapi saya mencintainya kerana Allah. Malaikat berkata: "Aku diutus Allah kepadamu untuk memberitahukan, bahawa Allah mencintaimu seperti kamu mencintai saudaramu".

"Demi Allah yang menguasai jiwaku, kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman, dan tidaklah kamu beriman sehinggalah kamu semua saling mencintai. Mahukah kamu saya tunjukkan sesuatu yang dapat menyebabkan kamu semua saling mencintai? Sebarkanlah salam".

Dalam hadis Qudsi dari Ubadah bin Samit, Rasulullah saw bersabda, Allah berfirman:
"Kecintaan-Ku hanya teruntuk orang-orang yang saling mencintai, saling menghubungkan silaturrahmi dan saling memberi kerana-Ku. Orang-orang yang saling mencintai kerana-Ku berada di atas mimbar-mimbar cahaya. Para Nabi, shahabat dan syuhada merasa cemburu terhadap mereka".

Mu'az bin Anas meriwayatkan, Rasulullah saw ditanya tentang iman yang paling utama, jawab baginda saw. :

"Kamu mencintai dan membenci kerana Allah. Kamu pergunakan lidahmu untuk mengingati-nya. Lalu Rasul ditanya lagi, "Apa lagi yang Rasul? Nabi menjawab: "Cintai manusia seperti kamu mencintai dirimu sendiri, dan jangan kamu berikan kepada mereka apa yang tidak kamu sukai".

Dari Amru bin Al Jumuh ra. Rasulullah saw. bersabda:
"Seseorang hamba tidak mendapatkan keimanan yang benar sehingga ia cinta dan benci kerana Allah. Jika ia cinta dan benci kerana Allah ia berhak mendapatkan perlindungan-Nya".

Umar ibnul Khattab meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda :
"Di antara hamba Allah ada manusia yang tidak termasuk para Nabi dan bukan para syuhada'. Tetapi pada hari kiamat para Nabi dan Syuhada' cemburu kepada mereka kerana kedudukannya di sisi Allah.

Sahabat bertanya:
"Ya Rasulullah, beritahu kami siapakah mereka itu?
Baginda menjawab:
"Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah. Tidak didasarkan atas hubungan keluarga, dan bukan kerana harta yang saling mereka berikan. Demi Allah wajah mereka itu bercahaya, mereka berada di atas cahaya, tidak merasa takut di saat manusia merasa takut, tidak berduka cita di saat orang lain berduka. "