Tuesday, November 19, 2002

Berhari Raya di perantauan





Bila membelek-belek koleksi gambar lama-lama, terjumpa gambar-gambar sewaktu menyambut Hari Lebaran di rantau orang, Sabah Negeri di bawah bayu. Walaupun memori tersebut hampir berusia 20 tahun..ia tetap segar dalam ingatan. Kebanyakan kita semua berhari raya di kampus. Tak ramai yang balik ke semenanjung. Maklumlah mana ada fulus nak balik. Makan pun ada yang masak nasi dengan "heater" dan berlaukkan sardin.

Persiapan menyambut hari raya di atur dengan baik oleh MPP/JAKSA. Yang pasti tak ketinggalan adalah lemang. Ha tengok kat gambar di atas tu..seronok..mengeliliing tempat pembakaran lemang yang entah berapa batang aja. Sebelum lemang di bakar, ada yang mengupas kelapa, memerah santan, memasukkan pulut ke dalam buluh. Buluh dapat dari mana ye? tak ingat.

Kini. masing-masing membawa haluan masing-masing. Berkerjaya, Berkeluarga. Tetapi pengalaman bersama semasa di UKMS banyak memberi panduan.