Tuesday, April 15, 2003

Monday, April 14, 2003

Anne Lasimbang

Hari ini saja gatal tangan menghubungi Anne Lasimbang. Kali terakhir bertemu Anne adalah sewaktu kami pelajar Tahun 3 Geologi (Batch 1981-1985) melawat Lombong Tembaga Ranau. Ketika itu, Anne telah pun bekerja dengan Mamut CopperMine. Seingat saya, Anne adalah merupakan satu-satunya pelajar perempuan yang mengambil jurusan Geologi dalam bath pioneer UKMS (1979-1982). Geological Fieldwork itu diketua oleh Dr Tan dalam 1983. Masih ingat bagaimana kumpulan kami meredah sungai dan meniti rabung di hutan sekitar Ranu berhampiran Mamut Cooper Mine untuk mengutip sampel.Hah..itu memori 20 tahun lepas.

Dengan adanya teknologi canggih sekarang ni, saya mendapat menghubungi beliau menerusi handphone beliau.Anne agak terkejut menerima panggilan yang tak disangka tu. Dalam perbualan singkat itu, beliau memberitahu yang beliau sekarang bertugas dengan PACOS - sebuah NGO di Sabah - yang membantu untuk mempertingkatkan kualiti hidup komuniti indigenous di sana.

Komen: Selepas ini akan cuba menghubungi beberapa orang Alumni UKMS yang lain pula...