Sunday, December 14, 2003

Jamuan Hariraya XUKMS

Seramai kira-kira 100 orang bekas siswa dan kakitangan XUKMS telah hadir dalam gathering yang dianjurkan oleh Pn Sarah Ibrahim, seorang bekas kakitangan UKM Sabah dan beberapa orang sahabat yang berdedikasi untuk mengumpul kenalan-kenalan lama UKMS. Pertemuan telah diadakan di Hotel Puri Pujangga,UKM Bangi pada 13.12.2003 . Majlis dimulakan dengan celoteh Dr Kaswandi dan diikuti jamuan ala kadar dan seterusnya sesi sembang-sembang kenalan yang dah lama tak jumpa. Tayangan slide peristiwa-peristiwa lama di UKMS juga telah diadakan dan beberapa sahabat saya lihat telah berkarike lagu-lagu lama. Dalam pertemuan ini bukan sahaja XUKMS di bukit padang sahaja yang dijemput tetapi juga XUKM Limauan, iaitu sebuah kampus UKM sebelum berpindah ke Bukit Padang. Majlis yang bermula jam 2.30 petang itu berakhir dengan sesi bergambar di hadapan Hotel serta bersurai kira-kira jam 6 petang.